Tuesday, 6 November 2012

Nafsu suka kejahatan

Firman Allah SWT yang bermaksud,
"Dengan yang demikian bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhun yang dipatuhi...."
(Surah al-Jathiyah:23)



email: bakalmayat@rocketmail.com
FB: http://www.facebook.com/mohmadali.abdrahman



Asalamualaikum.. 
alhamdulillah kerana Allah SWT telah mengizinkan saya untuk menghasilkan blog yang bertajuk melawan nafsu demi mendapat keselamatan akhirat. saya menulis blog ini adalah untuk berkongsi pendapat berkaitan dengan hawa nafsu yang sering kebanyakan umat manusia menjadi hamba kepada nafsu. Dalam blog ini juga saya akan sertakan antara cara untuk melawan hawa nafsu menurut al-Quran, al-Hadis, al-IJmad dan Qias.


sememangnya nafsu suka kepada kejahatan yang boleh mendatangkan perbuatan dosa besar dan dosa kecil seperti maksiat,minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya. Apa yang perlu kita lakukan adalah mencuba sedaya upaya atau berjihad menetang nafsu tersebut. Bagaimana caranya kita berbuat sedemikian adalah dengan mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

pada masa kini juga kita dapat melihat atau mendengar pelbagai berita yang amat merisaukan manusia lainnya seperti pembuangan bayi, penzinaan yang berleluasa, kemaksiatan, biseksual dan sebagainya yang mampu memberi kesan kepada individu, masyarakat, negara, dan secara tidak langsungnya akan mencemarkan agama.


KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH MEMBACA BLOG INI, SILA BERI TEGURAN DI RUANG COMMENT ANDAI ADA TERSALAH PADA DIRI SAYA...
terima kasih..